Halaman

03 Ogos 2015

Review Filem : Mission : Impossible Rouge Nation



gigih hakak upload entry pg ni..hahahahah

Macam biasa..cerita  Mission : Impossible Rouge Nation (MIRN) ni memang best..ohsemm kauuu..memang setiap cerita MI memang best kan..hahaha

Memula cerita..dah ada nama Malaysia dah..pastu ada KL Tower kauu..bangga la jugak kan sebab dalam filem besaq macam ni ada sebut nama Malaysia..ekekeke..tapi rasanya sebagai cameo untuk pesawat hilang ja kot..tapi apa pun hakak bangga la juga..Tom Cruise ni tau jugak Malaysia kan..hahahaha

Cerita kali ni Impossible Mission Force (IMF) cuba untuk mengesan kumpulan yang dinamakan Syndicate..kumpulan Syndicate ni adalah dari kerajaan British..tetapi dirahsiakan..CIA pun tak tau kumpulan ni wujud..cuma geng Ethan Hunt ja tau..kumpulan Syndicate cuba nak buat sesuatu..depa nak curi software dari sebuah tempat..ekceli Syndicate ni nak lenyapkan IMF ni..dalang Syndicate ni nama Solomon Lane *macam ikan salmon ja nama..hahahah*..pastu ada seorang perisik dalam Syndicate ni..nama lIsa Faust..dia ni yang akak x paham memula cerita..kejap baik..kejap tak..tapi lama2 baru tau dia baik ke jahat..

kalau korang nak tahu, dapat ke tak Syndicate ni kenakan IMF..mampu ke tak Ethan Hunt lawan dengan geng Syndicate ni..nak tau ke??..p tengok sendiri la.hahahaha

Malas nak cerita lanjut..kang ada yang tak p tengok pulak..hahahah..tapi paling bestnya pun..semua kenderaan untuk aksi lasak..semua guna jenama BMW kauuu..gila aaahh..motor & kereta BMW diorang main letop-letop ja..kagum hakak...huahuahua..

tapi last tu macam tergantung pulak..ni sahih ada MI lagi 2 tahun lagi..ekekekeke

Nora kasi 4.5/5 bintanggggggggg....best oooii...

28 Julai 2015

Review Filem : Ant-Man



Hari tu time nak book cerita Ant-Man ni..dok pikiaq best ke tidokk..sekali p tengok..memang best..pastu lawak pulak...hahahah..

Sebelum jadi Ant-Man..watak utama Scott Lang ni seroang pencuri yang profesional la..kira terer la bab2 merompak bank ni..pastu satu malam tu dia p merompak kat rumah Dr. Pym..yakni pencipta sut Ant-Man ni..ekceli rompakan ni dirancang oleh Dr. Pym sendiri sebab Dr. Pym nk Scott Lang ni yang jadi Ant-Man sebab dia kan terer..hahahah

Tujuan melatih Scott Lang ni untuk jadi Ant-Man adalah untuk menghalang Darren iaitu bekas anak murid Dr. Pym dari mencipta sut orang kerdil untuk dijual kepada pihak yang jahat @ tak bertanggungjawab seperti HYDRA *sapa yang selalu tengok movie Marvel..akan tau la HYDRA tu sapa kan*

Anak Dr. Pym ni si Hope ni pun berkenan nak jadi Ant-Man..tapi sebab akan berlaku beberapa komplikasi..ayah dia tak bagi la jadi Ant-Man...memula si Scott Lang ni tak mau jadi Ant-Man..tapi sebab dia pikiaq anak dia..dia nak tunjuk contoh terbaik kat anak dia..dia jadi la Ant-Man..

Dalam dok berlatih jadi Ant-Man ni..macam2 la peristiwa lucu..Scott Lang ni kena berlatih dengan semut..sebab semut ni la nk tolong dia..macam2 hal berlaku..hahahah..*nak tau kena tengok*..


Dah terer berlatih semua..depa p la nk menghalang si Darren ni jual YellowJacket yakni sut yang dicipta oleh Darren ni...si Darren ni nak tiru formula Dr. Pym..tapi asik gagal ja..tapi last sekali berjaya jugak cipta formula tu..Dr. Pym, Hope & Scott Lang ni dok rancang nak halang si Darren ni..macam2 depa wat..sekali si Darren ni tau pulak rancangan depa ni..so si Darren ni cuba la nak perangkap Ant-Man ni..pum pang pum pang bergaduh..menda kecik jadi besaq..semut kecik jadi besaq..last2 sekali sure si Ant-Man ni menang..tapi YellowJacket ni pi mana x tau..ka aku yang tak perasan..hahahaha..

Sapa yang selalu tengok filem Marvel ni akan tau akan ada last scene kan..kalau nak tau apa last scene tu sama ada terdapat sambungan atau tidak..korang kena p tengok..tapi filem Marvel kali ni ada 2 last scene okeh..sila la tunggu..ekekekeke

*ada satu group ni siap bawa anak kecik..siap bw masuk stroller lagi dalam panggung letak dekat lorong seat yang sempit itewww..pastu kau dok bersila atas kerusi..kalau nak bawa stroller..amik seat paling depan..senang nk rodok stroller kat lorong seat...hahahaha*

akak kasi 4/5 bintangggggggg....

22 Julai 2015

Review Filem : Terminator Genisys


Hari tu g tengok cerita Terminator Genisys (TG) ni dekat MBO Aloq Setaq Mall...humakkhaiiiihh..ramai gila kot orang masa tu..nasib dah book tiket dari MBO Online..terus p kaunter bagi nombor book..terus dapat tiker..legaa..tapiiii..ya ampunnn dekat kaunter nak beli popcorn kemain lagi ramai..semua kaunter penuh..dah la sampai lewat kat Aloq Staq Mall *sebab jalan jem gilo..ntah mana orang p ntah ramai sangat*..1st time tengok wayang tak makan popcorn + mineral water + Ice Lemon Tea..dah la lapaq..tahan ja perot 3 jam..nasib baik cerita best kan..pehal-lari-topik-ni..hahahah

TG ni cerita dia lebih kepada Mesin Masa dan Throwback..Genisys a.k.a Skynet sejenis virus untuk memusnahkan dunia manusia la lebih kurang..watak utama mestilah Arnold susah-nak-eja a.k.a PAK, Sarah Conor dan Kyle Reese..Kyle Reese ni dari masa depan..tahun 2026 kot klu tak silap..dia ditugaskan oleh John Conor untuk selamatkan Sarah Conor *mak John Conor*..John Conor ni memula baik..tapi bila kena ngan virus tu..teruih jadi jahat..

Tujuan nak selamatkan Sarah Conor adalah untuk tidak mewujudkan John Conor ni..John Conor ni semasa baik..dia cerdik..dapat hapuskan robot2 jahat masa tahun 2026 tu..so robot jahat zaman Sarah Conor ni nak bunuh Sarah Conor supaya John Conor tidak dilahirkan...tapi Sarah Conor ni ada PAK yang jaga dia dari kecik dan yang lindungi dia dari ancaman musuh...Kyle Reese ni dihantar untuk bantu PAK ni la untuk lindung Sarah Conor..ekceli Kyle Reese ni ayah John Conor...kalau nak tau lanjut..kena tengok..kahkahkah..


Depa 3 orang ni menentang robot jahat la dari tahun 1984 pastu naik mesin masa p tahun 2017 untuk matikan Genisys a.k.a Skynet ni..macam2 hal berlaku..lawak pun ada..cerita ni tak banyak aksi romantik-lebih-kepada-seks..cuma ada aksi cium je tu pun 1 scene ja..hahahaha..korang kena tengok sendiri la kesudahan cerita ni..mati ke tidok depa 3 orang ni..dapat ka tidok selamat dunia...malas nk cerita lanjut..kang yuols x  p tengok..hahahaha...

Sarah Conor ni lawa gila..iols suka tengok muka dia..

Nora kasi 4/5 bintangggggggg...

11 Mei 2015

Review Filem : Avengers ; Age Of Ultron


dah lama p tengok baru nak update..tak sempat yu ols..sibuk ke kursus..tak kan nk update time kursus..nanti orang intai tengok apa yang iols taip..malu la iols..hahahah..

p tengok Avengers ni dekat Village Mall...tengok 3D..mahal jugak tiket..sebab kira dengan 3D spek..RM15..padahal spek tu diorg amik balik..tak paham konsep diorg ni..huuuu..lupakan..malas nk pikiaq..

Avenger ni, memula cerita dah aksi macam2 dah...tak senang duduk aku ni..hahahah...kisah ni sambung dari kisah dak Loki curi tongkat sakti tu..tongkat sakti tu ada dekat kumpulan penjahat..diorang kan nk tawan bumi..tapi geng Avengers ni p ambil balik..tapi korang mesti tau kan..tongkat tu macam ada kuasa sakti sihir kan..sapa yang pegang tongkat tu..akan jadi macam gila kosa..ekekekeke..

geng Avengers ni dah dapat tongkat..tapi ada satu watak kembar ni..perempuan ni keupayaan dia manipulasi minta..si lelaki boleh bergerak pantas..si Iron Man ni kena manipulasi minda oleh perempuan ni..minda dia nampak Avengers ni mati..dia sorang ja hidup..tapi bila Iron Man ni dapat tongkat sakti tu..dia nk uji kaji dan nk wujudkan Ultron..

tapi kebanyakan Avengers ni dah ramai kena manipulasi minda..so diorg akan jadi macam pecah belah..cuma di Hawk Eye ja tak kena manipulasi sebab masa Avengers yang lepas..dia dah kena kan..aku baru tau yang Hawk Eye ni ada family..anak 2 orang, sorang lagi dalam perot..sooo sweettt..dan lagi wat anak walaupun sibuk..hahahah..

bila dah si Hulk & Iron Man ni dok kaji tongkat sakti ni...macam2 la jadi,,muncul yang nu..muncul yang ni..bergaduh sesama sendiri..banyak lagi jalan cerita...malas nk cerita..kang 3 jam korang baca ni..hahahahah..p la tengok...

tapi yang penting akan muncul 3 watak baru dalam Avengers akan datang ni..bai

Nora kasi 5 bintang jugaaakkkk...

06 April 2015

Review Filem : Fast & Furious 7


Filem ni adalah filem terakhir Paul Walker..

Mengisahkan mengenai pembalasan dendam oleh abg kepada Owen Shaw (Fast & Furious 6) iaitu Deckard Shaw (DS) sebab Owen Shaw dah lumpuh..abg dia ni cari geng Dominic Toretto untuk balas dendam..memula dia balas dendam dekat Hobbs (The Rock)..lepas tu dia buat Han mati..dia buru geng Dom ni sampai dapat..ganas juga aarr DS ni..
Mau tak ganas,.dia dulu geng pembunuh upahan..gila betoi depa lawan dalam filem ni..macam tulang iols plak patah..kahkahkah..

DS ni memang payah nak kesan dia punya pergerakan..tapi dia cepat ja kesan pergerakan geng Dom ni..satu ja cara nak kesan DS ni..guan kan God's Eye..sejenis suntikan steroid dalam badan yang boleh dikesan oleh God's Eye..God's Eye ni plak ada pemilik nama Ramsey..Ramsey ni perempuan ok..rambut kembang..hahahahah..nak culik Ramsey pun satu hal jugak..tang ni la aksi kereta terjun dari kapal terbang..perrghhhh..gayat siotttt..ekekeke

Si Ramsey ni plak p bagi God's Eye dekat kawan dia yang dok Dubai..depa p Dubai untuk amik USB yang ada God's Eye ni kat Dubai..terpaksa pulak ambik dekat Putera Dubai yang boh USB dekat kereta Ferarri-canggih-laju-nak-mampos dia..hahahah

Kat Dubai ni la aksi lompat melompat dari bangunan ke bangunan..peerrghhh..ni pun gayat ok..ekekeke..tapi guna kereta ferarri canggih tu...mmg sebak tengok kereta mewah depa wat aksi..kahkahkah..

Ramai plak nk God's Eye ni..geng gangster lain pun nak..ada la tembak menembak antara geng Dom - Gansgter - DS..aksi si Ramsey kena tukaq-tukaq kereta sebab di kesan oleh geng gangster mmg oohhsemmm..gila betoi tukaq-tukaq kereta time kereta dok laju..hahahah..kagum sat..

Tapi yang last scene memang sedih jugak la..time semua dah selesai..depa p pantai..Dom tengok family Brian..sambil ucap kata-kata yang iols tahu memang dari hati Vin Diesel bukan Dom untuk Paul Walker bukan Brian..pastu Dom nak berlalu p, Ramsey tanya, "tak ucap selamat tinggal ke?"..Dom sambil senyum..dia blah..Brian follow dia dan ckp "kau ingat boleh pergi tanpa ucap selamat tinggal"..pastu ayat last Dom cakap, "You always be my brother" *lebih kurang la*..depa berlalu p mengikut laluan yang berbeza..Brian naik keta putih..pakai baju putih..pastu ada tribute For Paul..*sebak*..tapi nampak la muka Vin Diesel ni memang sedih sebab Paul Walker dah mati kan..depa kan kawan baik..macam abang dan adik dah..

bagus betoi James Wan *Director* tak matikan watak Brian ni..cuma depa wat bagi dia bersara..
tapi cerita ni ada lagi sambungan rasanya..sebab DS tu tak mati..dia kena tangkap ja...tungguuuu ja sambungan...heheheh

-banyak lagi cerita berlaku dalam filem ni..kena p tengok sendiri ok-


Nora kasi 5/5 bintang..sebab best..ada aksi, romantik, komedi, sedih..


16 Mac 2015

Review Filem : Chappie


Chappie ni sejenis robot..hahahaha..tengok poster macam ganas cerita..tapi lebih kepada suwet plak aku rasa..hahahah
ekceli Chappie ni adalah robot Polis yang menangkap penjenayah..tapi sebab dah rosak..orang nak lupus si Chappie ni *nama robot ni Scout 22 sebelum bagi nama Chappie*..dalam masa yang sama, pencipta Chappie ni nama Deon (Dev Patel) tengah mencipta satu apa ek orang panggil..software kot noh..yang membolehkan robot ni mempunyai sifat dan pemikiran macam manusia..tapi bos Deon ni tak setuju..
Deon ni p curi Chappie..tapi gangster p culik Deon sebab marah kat Deon cipta robot polis untuk perangi jenayah *cewahh ayat..bahahah*
dah tu sekali ngan Chappie kena culik..ekekeke..dah kena culik tu..gangster tu suruh buat di Chappie ni jd gangster,,tapi Chappie ni dah boh software baka baik..so Chappie tak mau jadi gangster...hahahahh..
tapi yang best dalam cerita ni ialah..macam mana robot ni dapat nama Chappie..macam mana kehidupan dia dengan geng gangster *walaupun gangster..dalam hati ada taman..ekekeke*
pastu macam mana Chappie di buli kena sepak..kena potong tangan *sedih kotttt..sebak plak tengok sebab kesian*
pastu macam mana Chappie ni nak selamatkan orang-orang dia sayang daripada robot jahat yang dicipta Hugh Jackman *kejam robot dia nih*

malas nak cerita lebih..p tengok ok chuolsss..
hakak kasi 3.5/5 bintang..

*pesanan dekat akak kaunter yang jual popcorn yang nama mira..muka takyah ketat sangat ok..hakak beli popcorn akan bayaq..dah la tak fokus orang nak pilih menu..pang sedas kang..muka macam taikkk*

09 Februari 2015

Review Filem :- Jupiter Ascending





tau Jupiter tu apa..Jupiter tu planet..hahahaha..
Kisahnya..nama watak utama ialah Jupiter Jones..seorang manusia biasa..tapi menjadi rebutan orang di angkasa..menjadi rebutan 3 beradik atas satu sebab..Jupiter ni kalau ikut pemahaman iols..tak dak sangkut paut pun dengan orang angkasa tu..tapi atas satu sebab ja..dia menajdi rebutan..hahahahaha
sebab diiiaaa..p la tengok sendiri..baru paham..kang cerita lebih..tak paham plak..ekekekeke..
jalan cerita filem ni simple ajee...hero pulak macam macho gila..hahahaha..muka tak jemu dipandang konsep dia..hahahaha..
ekceli 3 beradik orang angkasa ni nak culik si Jupiter ni sebab muka Jupiter sama dengan muka mak depa..mak depa ni adalah pewaris bumi..bumi pulak adalah tempat untuk depa menternak menatang apa ntah..macam tak logik pulak alasan nak culik di Jupiter ni..hahaha..culik sebab muka sama..hahahah..Jupiter ni kena pergi buat ID sebagai penduduk di planet tu..pastu baru boleh ubah wasiat nak bagi bumi kat sapa..last-last milik Jupiter gak sebab 3 beradik tu jahat..nama ja adik beradik, tapi masing-masing ada agenda sendiri..
Visual dalam filem ni cantik sangat...pastu gaun-gaun Jupiter dan pelakon-pelakon lain pakai..cantikk siotttttt...lawa gila..tambah-tambah gaun pegantin & gaun memula Jupiter p planet tu..lawwooooooss..

tu la review..tapi iols pelik..masa pergi tengok wayang..lengang gila panggung wayang...panggung pun buka jam 5.35 petang walaupun tayangan jam 5.30 petang..dalam panggung pun ada la orang..tak sampai 50 orang pun rasanya...

Nora kasi 3.5/5 bintang...best la tuh kalau lebih dari 3.0 bintang..ekeekekek..