Hari tu time nak book cerita Ant-Man ni..dok pikiaq best ke tidokk..sekali p tengok..memang best..pastu lawak pulak...hahahah..
Sebelum jadi Ant-Man..watak utama Scott Lang ni seroang pencuri yang profesional la..kira terer la bab2 merompak bank ni..pastu satu malam tu dia p merompak kat rumah Dr. Pym..yakni pencipta sut Ant-Man ni..ekceli rompakan ni dirancang oleh Dr. Pym sendiri sebab Dr. Pym nk Scott Lang ni yang jadi Ant-Man sebab dia kan terer..hahahah
Tujuan melatih Scott Lang ni untuk jadi Ant-Man adalah untuk menghalang Darren iaitu bekas anak murid Dr. Pym dari mencipta sut orang kerdil untuk dijual kepada pihak yang jahat @ tak bertanggungjawab seperti HYDRA *sapa yang selalu tengok movie Marvel..akan tau la HYDRA tu sapa kan*
Anak Dr. Pym ni si Hope ni pun berkenan nak jadi Ant-Man..tapi sebab akan berlaku beberapa komplikasi..ayah dia tak bagi la jadi Ant-Man...memula si Scott Lang ni tak mau jadi Ant-Man..tapi sebab dia pikiaq anak dia..dia nak tunjuk contoh terbaik kat anak dia..dia jadi la Ant-Man..
Dalam dok berlatih jadi Ant-Man ni..macam2 la peristiwa lucu..Scott Lang ni kena berlatih dengan semut..sebab semut ni la nk tolong dia..macam2 hal berlaku..hahahah..*nak tau kena tengok*..
Dah terer berlatih semua..depa p la nk menghalang si Darren ni jual YellowJacket yakni sut yang dicipta oleh Darren ni...si Darren ni nak tiru formula Dr. Pym..tapi asik gagal ja..tapi last sekali berjaya jugak cipta formula tu..Dr. Pym, Hope & Scott Lang ni dok rancang nak halang si Darren ni..macam2 depa wat..sekali si Darren ni tau pulak rancangan depa ni..so si Darren ni cuba la nak perangkap Ant-Man ni..pum pang pum pang bergaduh..menda kecik jadi besaq..semut kecik jadi besaq..last2 sekali sure si Ant-Man ni menang..tapi YellowJacket ni pi mana x tau..ka aku yang tak perasan..hahahaha..
Sapa yang selalu tengok filem Marvel ni akan tau akan ada last scene kan..kalau nak tau apa last scene tu sama ada terdapat sambungan atau tidak..korang kena p tengok..tapi filem Marvel kali ni ada 2 last scene okeh..sila la tunggu..ekekekeke
*ada satu group ni siap bawa anak kecik..siap bw masuk stroller lagi dalam panggung letak dekat lorong seat yang sempit itewww..pastu kau dok bersila atas kerusi..kalau nak bawa stroller..amik seat paling depan..senang nk rodok stroller kat lorong seat...hahahaha*
akak kasi 4/5 bintangggggggg....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan